INSENTIF
KOMISEN AGEN
1. Komisen Jualan Peribadi
(Personal Sale)
Setiap nilai topup yang dijual, kami akan berikan komisen terus (real time) kepada agen mengikut jenis telco seperti CELCOM 5% dan juga MAXIS 2.5%, bergantung kepada nilai yang anda topup.
Sebagai contoh : sekiranya anda menjual topup prepaid Celcom RM10.00, Komisen yang anda terima ialah 5% = RM0.50.
Komisen akan dibayar terus (melalui akaun topup) kepada anda setiap kali anda melakukan transaksi topup.
Ini bermakna, sekiranya baki akaun topup anda ialah RM100 dan anda topup prepaid pelanggan dengan nilai RM10, server akan memotong RM9.50 sahaja dari nilai tersebut. Daripada transaksi itu, baki yang tinggal di dalam akaun anda ialah RM90.50. Server akan menghantar mesej kepada anda memaklumkan topup sudah berjaya dan makluman baki terkini.
2. Komisen Memperkenalkan Rakan
(Member Get Member)
Kami juga menawarkan ganjaran kepada anda yang memperkenalkan rakan untuk mendaftar sebagai agen. Insentif sebanyak RM10.00 bagi setiap seorang rakan yang berjaya anda perkenalkan dan didaftarkan sebagai agen. Apabila agen baru itu disahkan telah membuat bayaran pendaftaran, Insentif tersebut akan ditransfer terus ke dalam akaun topup anda.
Anda boleh memperkenalkan seberapa ramai yang boleh.